fbpx
Peniaga dan orang ramai mengunjungi Medan Selera 223 yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat berterusan petang kelmarin di sini semalam. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

Banjir kilat: Peniaga Medan Selera 223 dapat pelepasan sewa 2 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersetuju memberikan pengecualian bayaran sewa selama dua bulan kepada peniaga Medan Selera 223 di sini yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini.

MBPJ dalam kenyataan berkata, pengecualian bagi tempoh Mei hingga Jun 2026 itu diberikan sebagai langkah prihatin terhadap beban ditanggung peniaga susulan kejadian berkenaan.

Menurutnya, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Zahri Samingon turut turun padang mengadakan lawatan tapak bersama jabatan teknikal MBPJ, Ahli Majlis MBPJ Zon 14, Asogan Subramaniam, wakil penjaja serta kontraktor bagi meninjau keadaan di lokasi.

“Lawatan tersebut bertujuan mengenal pasti punca banjir selain membincangkan langkah pencegahan dan mitigasi bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, MBPJ turut akan mengintegrasikan sensor pintar bersama kamera televisyen litar tertutup di lokasi berisiko bagi mengesan kenaikan paras air sungai.

“Sistem ini akan mengaktifkan siren amaran awal secara automatik bagi memberi peringatan kepada peniaga dan orang awam di kawasan terlibat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN