fbpx
Anggota bomba membawa turun mangsa (gambar kecil) yang meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika tiba di puncak Bukit Gunong, Bachok hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Jurupam stesen minyak maut sesak nafas ketika sampai di puncak bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang jurupam stesen minyak mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia selepas berjaya menawan puncak Bukit Gunong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Yusof Hamat, 41, yang mendaki bukit berkenaan seorang diri dipercayai mengalami keletihan sahaja tiba di puncak bukit dengan ketinggian 317 meter pada paras laut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ibrahim Mohd. Rihni berkata, kejadian itu disedari oleh seorang doktor dan keluarganya yang turut mendaki dan berada di puncak bukit tersebut.

Menurutnya, melihat keadaan mangsa yang sudah terbaring, doktor terbabit cuba memberi bantuan pernafasan sebelum menghubungi Hospital Raja Perempuan Zainab II ,Kota Bharu untuk menghantar peralatan oksigen.

“Mangsa kemudian diberi bantuan oksigen, namun gagal apabila dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.45 pagi dan keluar ke lokasi kejadian untuk membawa mangsa turun dari puncak bukit itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ibrahim memberitahu, mangsa dikatakan mendaki bukit berkenaan seorang diri bermula kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya, pasukan bomba membawa mangsa turun kira-kira pukul 9.04 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN