fbpx
SARAVANAN (kiri) berada di lokasi mayat Mohamad Khalid ditemukan di Kampung Padang, Sungai Petani hari ini.

Warga emas hilang ditemukan meninggal dunia tepi rumah kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu ditemukan meninggal dunia di tepi sebuah rumah kosong di Kampung Padang, Tikam Batu dekat sini hari ini.

Mayat Mohamad Khalid @ Halim Salleh, 84, ditemukan penduduk kampung yang melakukan pencarian kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan S. Saravanan berkata, mayat mangsa ditemukan di tepi rumah kosong itu yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.

Katanya, mayat mangsa didapati dalam keadaan terlentang dan sudah membengkak.

“Pemeriksaan lanjut tidak menemukan sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang mengalami masalah nyanyuk dipercayai keluar dari rumah dengan berjalan kaki sebelum tersesat di kawasan itu.

“Kita menerima laporan berkaitan kehilangan mangsa pada 3 Mei lalu selepas dia dipercayai terjatuh ke dalam tali air susulan penemuan selimut miliknya berhampiran lokasi kejadian yang tidak jauh dari rumahnya,” ujarnya.

Tambahnya, operasi mencari mangsa digerakkan dengan bantuan pasukan bomba selama tiga hari sebelum ditamatkan kelmarin.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN