fbpx
ZAKARIA

JIM tahan 150 PATI, 13 majikan operasi seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 150 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen (JIM) menerusi 32 operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negara pada Isnin lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, operasi sama turut membawa kepada penahanan 13 majikan yang disyaki menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan atau pas sah.
Katanya, JIM memandang serius penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial serta Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), khususnya membabitkan warga asing yang bekerja tidak mengikut sektor diluluskan.

“Tindakan tegas termasuk pembatalan pas dan pengusiran akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang melanggar syarat ditetapkan.

“Pendakwaan juga akan dilaksanakan tanpa kompromi terhadap majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa pas sah bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengelakkan eksploitasi tenaga kerja asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, JIM akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN