fbpx
Tangkap layar rakaman paip pecah di tingkat 19 sebuah pangsapuri dekat Cheras.

[VIDEO] Paip pecah, dah macam ‘air terjun’ dalam pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu rakaman video memaparkan limpahan air seperti air terjun di sebuah pangsapuri di Cheras dipercayai berpunca akibat masalah paip pecah di tingkat 19.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @mr.j1491 hari ini, limpahan air yang deras itu meyebabkan laluan koridor pangsapuri tersebut dinaiki air melebihi paras buku lali.

Difahamkan, beberapa aras pangsapuri tersebut turut terkesan selain berlaku kerosakan lif. Terdapat penghuni yang memaklumkan mereka terperangkap di dalam rumah selama beberapa jam disebabkan laluan koridor yang ditenggelami air.
“Bangunan baharu pun kena hadap masalah macam ini. Bayar mahal, pengurusan teruk,” kata Syafiq.

“Alamak rumah tinggi pun kena banjir,” komen Nikky.

“Paling makan modal nak ‘repair’ (baiki) lif bila jadi macam ini. Laju betul macam air terjun. Confirm (sudah tentu) banyak hari kena naik turun guna tangga. Penghuni boleh buat report (laporan) kalau ada kerosakan pada rumah,” cadang Fahmi. – KOSMO! ONLINE

@mr.j1491 📲Boss Tanya kenapa tak sampai lagi . 🤦🏻‍♂️🤷🏻‍♂️ #netizencheras #cheras #waterfall ♬ original sound – mr.j

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN