fbpx
Tangkap layar televisyen litar tertutup yang memaparkan sebuah kenderaan jenis sebuah kenderaan jenis Proton X70 merempuh mangsa dari arah belakang, semalam.

‘Harap kena caj membunuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu warga emas yang memandu secara meluru sehingga mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal di Seksyen 17, Petaling Jaya semalam, mencetuskan rasa berang dalam kalangan orang ramai yang menuntut hukuman gantung sampai mati dikenakan terhadap pelaku.

Menerusi hantaran di media sosial oleh @aimn.zainudn, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Azim Haikal Noor Aziddin dimana kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.23 petang itu memaparkan sebuah kenderaan jenis Proton X70 merempuh mangsa dari arah belakang.

Rata-rata pengguna media sosial mendesak agar pihak berkuasa tidak berkompromi dan mengenakan caj di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyifatkan pemanduan tersebut sebagai satu tindakan yang sengaja.

“Harap dikenakan balasan setimpal tak kira umur dan bangsa. Tak cukup penjara sahaja, kena caj Seksyen 302, dah ambil nyawa orang. Pampasan dan gantung,” kata Aimn.zainudn menerusi ruangan komen.

“Dah tua bukan tiket untuk lepas. Tolonglah jadi orang jangan jadi haiwan,” kata pula pengguna @rosalinda.terbakar.

“Moga orang tua tak sedar diri itu dikenakan hukuman yang berat,” ujar pengguna @elainaismail.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.08 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar pukul 1.45 petang apabila sebuah Proton X70 berwarna kelabu dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Sivam di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN