fbpx

WEKA Bekerjasama Dengan Glocomp Untuk Menyampaikan Penyelesaian Infrastruktur AI yang Menyeluruh Di Seluruh Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sebagai rakan infrastruktur AI yang menyeluruh pertama di Malaysia untuk WEKA dan NVIDIA, Glocomp melancarkan Pek Permulaan AI yang memampatkan pelaksanaan perusahaan dari berbulan-bulan ke beberapa minggu.

KUALA LUMPUR, Malaysia dan CAMPBELL, Calif., 6 Mei 2026 /PRNewswire/ — WEKA, syarikat sistem storan dan memori AI, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah membentuk perkongsian strategik dengan Glocomp Systems (M) Sdn. Bhd., penyedia penyelesaian infrastruktur IT terkemuka di Malaysia. Glocomp menjadi rakan kongsi eksklusif infrastruktur AI WEKA yang menyeluruh di Malaysia. Menggabungkan sistem storan dan memori NeuralMesh™ WEKA dengan pengkomputeran NVIDIA yang dipercepat, Glocomp akan menyampaikan tindanan AI yang bersepadu sepenuhnya dan mendapat sokongan tempatan — tersedia dengan serta-merta kepada ekosistem Glocomp yang terdiri daripada lebih 150 penjual semula dan penyepadu sistem di seluruh negara.

generated by system

Pengumuman ini memperluas momentum pencapaian baru-baru ini, termasuk pelancaran Platform Data AI NeuralMesh (AIDP) di NVIDIA GTC dan inisiatif AI berdaulat, menterjemahkan kemajuan infrastruktur AI global kepada penyelesaian sedia pengeluaran yang dilaksanakan mengikut cara tempatan untuk pasaran Malaysia. Perusahaan Malaysia merentasi perkhidmatan kewangan, kerajaan dan penyelidikan sedang mempercepat penerimagunaan AI, namun terdapat beberapa cabaran yang masih wujud: menambah baik penggunaan GPU, menavigasi penyepaduan berbilang vendor dan memenuhi keperluan kedaulatan data tempatan. Perkongsian WEKA-Glocomp secara langsung menangani setiap perkara ini.

Memperkenalkan Pek Permulaan AI Malaysia
Tumpuan utama perkongsian ini ialah Pek Permulaan AI Malaysia — seni bina rujukan AI yang disahkan dan siap guna yang dibina khusus untuk perusahaan Malaysia. Dibangunkan bersama oleh WEKA dan Glocomp, Pek Permulaan ini menggabungkan pengkomputeran dan perangkaian NVIDIA yang dipercepat dengan storan NeuralMesh WEKA menjadi penyelesaian tunggal prapenyepaduan yang memampatkan garis masa pelaksanaan dari berbulan-bulan ke dua minggu sahaja.

Pek Permulaan direka bentuk untuk berkembang mengikut permintaan: Organisasi boleh bermula mengikut saiz yang sepadan dengan keperluan semasa organisasi tersebut dan berkembang apabila cita-cita AI mula meningkat. Glocomp menyediakan sokongan prajualan dan pascajualan secara praktikal pada setiap peringkat, daripada penilaian awal sehingga pelaksanaan pengeluaran. Keupayaan utama termasuk:

  • Penggunaan GPU maksimum: NeuralMesh menghapuskan kesesakan data yang menyebabkan GPU melahu. Pelanggan WEKA secara rutin mencapai lebih 90% penggunaan GPU.
  • Kemudahan berpusat: Penyelesaian tunggal yang disokong secara bersama merangkumi komput, storan dan perisian AI. Glocomp mengendalikan pengujian, penyepaduan dan pelaksanaan supaya pelanggan perusahaan boleh memberikan tumpuan kepada pembinaan AI, bukannya infrastruktur.
  • Kedaulatan data tempatan: Semua infrastruktur ditempatkan dan diuruskan di Malaysia, memenuhi keperluan kawal selia tempatan dengan sokongan di dalam negara.
  • Masa yang pantas untuk pengeluaran: Seni bina yang diprasahkan mengurangkan pelaksanaan dari berbulan-bulan ke kira-kira dua minggu.
  • Jangkauan rakan kongsi yang luas: Boleh diakses oleh perusahaan di seluruh Malaysia — termasuk agensi kerajaan dan industri yang dikawal selia — melalui rangkaian 150+ penjual semula dan penyepadu sistem Glocomp.

"Zaman pertimbangan sudah tiba dan organisasi yang melambatkan pembinaan asas AI yang betul berisiko ketinggalan dengan kadar yang semakin pantas. Glocomp berkongsi keyakinan kami bahawa perusahaan Malaysia layak mendapat infrastruktur AI bertaraf dunia, dilaksanakan mengikut cara tempatan, disokong secara tempatan dan sedia untuk ditingkatkan daripada beban kerja pertama kepada kilang AI berskala eksabait. Bersama-sama, kita merealisasikan cita-cita ini." — Nilesh Patel, Ketua Pegawai Strategi, WEKA

"Pelanggan kami telah meminta penyelesaian AI yang lengkap dan disokong secara tempatan yang boleh digunakan dengan yakin, bukan sekadar koleksi komponen yang perlu dicantumkan sendiri. Pek Permulaan AI mengubah keadaan itu. Melalui rangkaian rakan kongsi kami di seluruh Malaysia, kini kami boleh membawa penyelesaian infrastruktur AI yang disahkan sepenuhnya ke mana-mana organisasi, mengikut mana-mana skala, dalam beberapa minggu dan bukannya berbulan-bulan." — Joseph Giam, Pengarah Urusan, Glocomp

Pengumuman perkongsian tersebut dibuat semasa Malaysia meletakkan kedudukan negara itu sebagai hab serantau untuk AI dan pelaburan infrastruktur digital, dengan inisiatif kerajaan semakin tertumpu kepada pembinaan keupayaan AI berdaulat. Dengan menggabungkan teknologi yang terbukti pada peringkat global dengan kepakaran tempatan dan rangkaian rakan kongsi Glocomp yang mendalam, WEKA dan Glocomp mendayakan perusahaan Malaysia beralih daripada cita-cita AI kepada pengeluaran AI, lebih pantas dan dengan lebih yakin berbanding sebelum ini.

Perusahaan dan rakan kongsi Glocomp yang berminat dengan pelaksanaan pembuktian konsep atau penilaian infrastruktur perlu menghubungi Glocomp di [email protected] atau layari www.glocomp.com.

Maklumat Tentang Glocomp Systems (M) Sdn. Bhd.
Glocomp Systems (M) Sdn. Bhd., sebahagian daripada Keppel Connectivity, merupakan satu daripada pengedar nilai tambah ICT perintis di rantau ini, dengan rekod prestasi yang cemerlang di Malaysia dan di seluruh rantau ini.

Syarikat tersebut bekerjasama rapat dengan ekosistem luas vendor teknologi, penjual semula, penyepadu sistem dan ISV baharu untuk menyampaikan infrastruktur dan penyelesaian digital yang menyeluruh kepada perusahaan dan organisasi sektor awam. Selain pengedaran, Glocomp menyediakan keupayaan nilai tambah termasuk reka bentuk penyelesaian, penyepaduan dan pengaktifan teknikal, menghubungkan teknologi, rakan kongsi dan kepakaran yang betul untuk menangani keperluan perniagaan yang kompleks.

Portfolio kami merangkumi Pengkomputeran & Pengurusan Maklumat, Komunikasi IP, Keselamatan Siber, Awan, Ruang Kerja, Robotik, serta Data, AI dan Automasi.

Sebagai perintis dalam transformasi yang dipacu AI, Glocomp memajukan keupayaan syarikat itu sejajar dengan hala tuju strategik yang dirancang — Dikuasakan Data. Dipacu AI. Didayakan Robotik. — membolehkan rakan kongsi dan pelanggan mempercepat penerimagunaan AI dan membina penyelesaian digital yang berskala besar dan bersedia untuk masa depan.

Maklumat Tentang WEKA
WEKA mengubah cara organisasi membina, menjalankan dan menskalakan aliran kerja AI dengan NeuralMesh™, sistem storan jejaring yang pintar dan mudah suai. Tidak seperti infrastruktur data tradisional, yang menjadi lebih perlahan dan lebih lemah apabila beban kerja berkembang, NeuralMesh menjadi lebih pantas, lebih kuat dan lebih cekap apabila skala ditingkatkan, menyesuaikan diri secara dinamik dengan persekitaran AI bertujuan menyediakan asas yang fleksibel untuk AI perusahaan dan inovasi AI agentik. Dipercayai oleh 30% daripada syarikat Fortune 50, NeuralMesh membantu perusahaan terkemuka, penyedia awan AI dan pembina AI mengoptimumkan GPU, meningkatkan skala AI dengan lebih pantas dan menjimatkan kos inovasi. Ketahui lebih lanjut di www.weka.io atau berhubung dengan kami di LinkedIn dan X.

WEKA dan logo W adalah tanda dagangan berdaftar milik WekaIO, Inc. Nama dagangan lain di sini mungkin merupakan tanda dagangan pemilik perniagaan masing-masing.

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1796062/WEKA_v1_Logo_new.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4949510_MS49510_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI