fbpx
Kakitangan Dongkook menunjukkan produk terbaharu daripada rangkaian Centellian24 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dongkook Pharmaceutical pilih Malaysia pasaran berpotensi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jenama penjagaan kulit dari Korea Selatan, Dongkook Pharmaceutical, memperkenalkan Centellian24, rangkaian produk berasaskan bahan aktif TECA buat kali pertamanya di Malaysia.

Ini adalah usaha syarikat untuk menembusi pasaran tempatan selepas mencatat kejayaan besar di peringkat antarabangsa melalui jualan lebih daripada 96 juta unit di seluruh negara.

Presiden syarikat, Lee Geun Young berkata, bahan utama produk ini adalah TECA (Titra­ted Extract of Centella Asiatica), yang diekstrak daripada tumbuhan Centella asiatica dan terkenal dengan keupayaan untuk membantu menyembuhkan kulit, terutama bagi kulit yang terdedah kepada sinaran matahari, iritasi atau kecederaan ringan.

Produk berasaskan TECA dipercayai dapat membantu mempercepatkan penyembuhan kulit, mengurangkan iritasi dan keradangan, memperbaiki tekstur kulit serta memberikan kesan anti-penuaan, menjadikannya sesuai untuk rutin penjagaan kulit harian dalam persekitaran tempatan.

“Malaysia dipilih sebagai salah satu pasaran baharu ke­rana faktor cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun,” katanya pada majlis pelancaran produk baru-baru ini.

Antara rangkaian produk utama adalah Madeca Cream Time Reverse dan Madeca Cream Time Reverse Zero. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN