fbpx
Iklan jenama berasaskan daging kini tidak lagi dipamerkan di Amsterdam. - BBC

Ibu kota Belanda haramkan iklan daging, petrol, syarikat penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMSTERDAM – Bandar raya Amsterdam menjadi ibu kota pertama dunia yang mengharamkan iklan awam untuk produk berasaskan daging dan bahan api fosil, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Sejak 1 Mei lalu, iklan burger, kereta petrol dan syarikat penerbangan telah dikeluarkan daripada papan iklan di perhentian  trem dan stesen metro.

Di salah satu perhentian trem paling sibuk di kota raya itu, landskap pengiklanan poster telah berubah.

Bandar raya itu kini mempromosikan muzium kebangsaan Belanda, Rijksmuseum dan konsert piano. Sehingga minggu lalu, iklan yang dipamerkan adalah nugget ayam, kereta dan percutian bajet rendah.

Wakil-wakil rakyat di bandar raya itu berkata, langkah tersebut adalah untuk menyelaraskan pemandangan jalanan Amsterdam seiring dengan sasaran alam sekitar kerajaan tempatan.

Larangan itu juga selaras dengan matlamat Amsterdam untuk menjadi neutral karbon menjelang 2050, dengan warga kota mengurangkan separuh pengambilan daging dalam tempoh  sama.

Di sebilangan lokasi lain di  seluruh dunia, berpuluh-puluh bandar telah atau akan mengharamkan iklan bahan api fosil seperti Edinburgh, Sheffield, Stockholm dan Florence. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN