fbpx
SAHRUDDIN ketika ditemui pemberita di pekarangan Sidang DUN Johor, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

PRN Johor: PN bertanding kesemua 56 kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberikan alternatif kepada rakyat ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 akan datang.

Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Johor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, pihaknya bersedia menghadapi pilihan raya itu pada bila-bila masa.

“PN akan bertanding di semua kerusi DUN (dalam PRN Johor). Senarai nama calon-calon akan diserahkan sepenuhnya kepada pimpinan peringkat pusat,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pekarangan Sidang DUN Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong berkata, jawatan Pengerusi PN Johor masih belum dimuktamadkan setakat ini meskipun senarai nama calon telah dikemukakan kepada kepimpinan pusat untuk pertimbangan.

Katanya, proses pelantikan kini berada di peringkat pusat dan keputusan rasmi dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

“Cadangan nama telah dihantar oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Setakat ini kita difahamkan senarai nama sudah dikemukakan. Namun siapa yang akan dilantik sebagai Pengerusi PN Johor masih belum diputuskan. Kita tunggu pengumuman rasmi daripada pimpinan pusat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN