fbpx
Saifuddin pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri Mei 2026 di Putrajaya hari ini.

MyNIISe diperkenal bermula September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bakal dilaksanakan sepenuhnya pada September depan, manakala MyKad baharu dengan ciri keselamatan yang dipertingkat diperkenal pada Jun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan sistem tersebut akan menjadi detik penting kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkemas pengurusan identiti negara.

Katanya, ia juga berperanan bagi memastikan pergerakan rakyat dapat dilaksanakan secara lebih lancar dan teratur.

Menurutnya, dokumen baharu itu bakal melibatkan kad pengenalan dan pasport yang dilengkapi ciri keselamatan terkini, selaras dengan keperluan semasa dan cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

“Saya percaya JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan juga Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia) sudah pun bersedia dengan pelan A dan pelan B mereka. Dan saya menaruh keyakinan yang tinggi bahawa kita akan dapat melepasi saat bersejarah ini dengan baik pada Jun ini.

“Sekarang masanya sudah sampai, di samping pada Jun juga kita akan melancarkan sistem di mana permohonan atau pengisian maklumat untuk kewarganegaraan yang kita luluskan dalam Perlembagaan Persekutuan juga sudah pun kita bergerak,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri Mei 2026 di sini hari ini.

Pada 8 Januari lalu, media melaporkan Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.

Pengenalan dokumen baharu itu adalah satu pencapaian penting, khususnya ketika pasport Malaysia kini berada dalam kelompok pasport paling dipercayai di dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN