fbpx
Gambar hiasan.

Dua kematian strok haba, 56 kes cuaca panas direkod setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak dua kes kematian akibat strok haba selain 56 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkodkan di seluruh negara setakat ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kes kematian itu melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tertinggal di dalam kenderaan dan seorang lelaki berusia 42 tahun yang menyertai aktiviti maraton di Pulau Pinang.

Katanya, kedua-dua kes berlaku ketika keadaan cuaca berada di bawah Tahap Amaran 1.

“Namun, faktor risiko utama dikenal pasti adalah pendedahan kepada haba melampau dalam persekitaran tertutup serta aktiviti fizikal lasak dalam tempoh panjang hingga menyebabkan dehidrasi teruk serta kegagalan kawal atur suhu badan.

“Selain itu, pemantauan KKM bagi tempoh 1 Januari hingga 3 Mei merekodkan sebanyak 56 kes penyakit berkaitan cuaca panas di seluruh negara.

“Ia terdiri daripada 47 kes kelesuan haba, empat kes strok haba exertional, empat kes strok haba dan satu kes kekejangan haba,” katanya hari ini.

KKM berkata, analisa turut menunjukkan bahawa 58 peratus kes penyakit berkaitan cuaca panas adalah berkait dengan aktiviti fizikal semasa cuaca panas.

“Daripada jumlah tersebut, hampir separuh melibatkan aktiviti sukan dan olahraga seperti merentas desa, latihan sukan dan maraton.

“Manakala sebahagian lagi melibatkan latihan fizikal berintensiti tinggi oleh pasukan keselamatan dan operasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN