fbpx
Anggota berusaha memadamkan kebakaran membabitkan beberapa kenderaan di Flat Taman Cemerlang.

Lima kenderaan parkir di garaj flat musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sebanyak lima buah kenderan yang diletakkan di parkir aras bawah Flat Taman Cemerlang di Jalan Perak di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran, pagi tadi.

Kenderaan yang terlibat adalah jenis Nissan Grand Livina, Mitsubishi Xpander, Perodua Myvi,
Van Toyota Hiace dan Proton Preve. Masing-masing daripadanya dilaporkan musnah antara lima hingga 80 peratus.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya meneima panggilan berhubung kebakaran berlaku pada pukul 4.30 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak.

“Kebakaran turut melibatkan sebahagian garaj dengan anggaran kemusnahan sebanyak 50 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kenderaan kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.38 pagi tadi.

“Kaedah pemadaman dilakukan secara ‘direct attack’ dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dari pam tangki jentera bomba dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.09 pagi,” katanya di sini, tadi.

Beliau memberitahu, kes kemudiannya diserahkan kepada pasukan penyiasatan kebakaran untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN