PENDAKIAN santai di Bukit Batu Putih, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini menjadi pengalaman pertama yang tidak dijangka buat seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Azhar. Ujar Azhar, dia mendaki Bukit Batu Putih tanpa perancangan teliti kerana bukan seorang yang aktif dalam aktiviti lasak itu. Jejaka berusia 32 tahun itu mengakui, pada mulanya, dia tidak merancang untuk mendaki, namun ajakan seorang rakan membuatkannya terbuka mencuba sesuatu yang baharu. “Sejujurnya, saya bukan jenis yang aktif hiking. Tapi bila salah seorang rakan……














