fbpx
Gambar Amayan ketika hadir Konvensyen 80 Tahun UMNO semalam. Foto FRIENDS OF BN.

Amayan curi tumpuan hadir Konvensyen 80 Tahun UMNO semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran anak sulung kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida di Konvensyen Ulang Tahun UMNO yang ke 80 semalam mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi gambar dimuat naik Friends of BN di Facebook, kelihatan Amayan atau nama sebenarnya Ammar Ahyan hadir berbaju merah duduk di barisan pemuda yang lain.

Amayan juga dilihat sempat senyum kepada kamera apabila videonya diambil sambil mengangkat tangan ketika menyanyikan lagu UMNO.

Sebelum ini, ibunya Nur Shahida pernah memaklumkan anaknya itu pernah menyatakan minat untuk menceburi dunia politik apabila secara berseloroh memilih UMNO sebagai parti pilihannya, sekali gus mencuri perhatian ramai di media sosial.

Sementara itu, bapanya, Aliff Syukri dalam Threadnya berseloroh mengenai kehadiran anaknya ke Konvensyen Ulang Tahun UMNO semalam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Hahaha itu baru Ammar nak sertai UMNO kalau saya sertai UMNO? Korang rasa?,” tulisnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan UMNO merekodkan hampir 14,000 keahlian baharu dalam tempoh kurang dua minggu sejak pendaftaran secara dalam talian dibuka pada 20 April lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehingga pukul 8 pagi semalam, seramai 13,954 individu telah menyertai parti itu, dengan golongan Pemuda mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 8,233 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN