fbpx
Sebuah premis perindustrian melakukan kegiatan urus niaga diesel secara haram di Ulu Tiram berjaya ditumpaskan dalam Ops Tiris 4.0 kelmarin.

Premis perindustrian urus niaga diesel secara haram diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sebuah premis perindustrian yang berselindung di sebalik nama perniagaan sebagai pemborong minyak diesel bagi menutup kegiatan urus niaga diesel secara haram di Ulu Tiram berjaya ditumpaskan dalam Ops Tiris 4.0 kelmarin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, ekoran itu pasukan penguat kuasa telah menyita minyak diesel dianggarkan sebanyak 10,300 liter.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut tidak mempunyai sebarang lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan pemborongan minyak diesel.
“Modus operandi kegiatan ini dipercayai berselindung di sebalik nama perniagaan sebagai pemborong minyak diesel, dengan mendapatkan bekalan daripada syarikat pembekal sebelum dijual kepada syarikat-syarikat pengangkutan tanpa lesen yang sah.

“Turut dirampas skid tank, satu set pam bahan api lengkap termasuk nozzle dan hos, serta beberapa dokumen urus niaga berkaitan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM85,736,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 60-an turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN