JAKARTA – Seorang pelancong wanita mengundang perhatian ramai apabila dirakam mandi lumpur dengan kawanan babi ketika bercuti di Bali, lapor laman berita Detik News.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan wanita terbabit sedang mandi lumpur dengan dua ekor babi sambil mengenakan bikini.
Lebih mengejutkan, dia menyapu lumpur pada seluruh badannya.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kecaman ramai pengguna media sosial.
“Pelancong tidak peduli dengan budaya, mereka hanya mencari sensasi dan perhatian di media sosial,” kata seorang netizen.
“Pemerintah pun sama, hanya mahu keuntungan dan tidak mengambil berat tentang kelestarian Bali,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














