JASIN – Sebuah warung di Jalan Bukit Tembakau, Umbai masih mengekalkan harga nasi lemak 50 sen sebungkus walaupun berdepan kos bahan mentah yang tidak menentu. Pemilik warung, Anuar Md. Sani, 54, berkata, meskipun harga santan, beras, gula dan daun pisang semakin mahal, dia tetap nekad mengekalkan harga murah itu demi membantu pelanggan tetapnya yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk kampung, nelayan dan pekerja sekitar. Menurutnya, warung milik keluarganya itu sudah beroperasi hampir separuh abad sejak zaman ibu bapanya lagi, malah, nasi…














