fbpx
Abang mangsa (kanan) bersama peguam pemerhati keluarga di Sungai Petani, semalam.

Pukul isteri: Doktor pesan mangsa jangan terlalu banyak berfikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Wanita yang keguguran dan cedera parah selepas dipercayai dibelasah suaminya masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Abang mangsa, 45, berkata, keadaan adiknya yang berusia 39 tahun semakin baik, namun memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya terutama dari segi emosi akibat trauma.

“Doktor juga berpesan supaya berehat dan jangan terlalu banyak berfikir bagi mengelak tekanan,” katanya di sini hari ini.

Leaki itu menyerahkan sepenuhnya siasatan kes yang menimpa adiknya kepada pihak polis.

Dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan adiknya dan enggan mengulas lanjut mengenai suspek yang berusia 43 tahun.

Kosmo! semalam melaporkan Mahkamah Majistret di sini membenarkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang disyaki memukul isterinya sehingga keguguran dan cedera parah di Ambangan Heights pada minggu lalu direman selama tujuh hari bermula semalam.

Siasatan terhadap suspek dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau objek berbahaya.

Polis mendedahkan lelaki tersebut mempunyai empat rekod jenayah termasuk mencederakan beberapa isteri lain dan teman wanitanya. Bapa 11 anak itu juga didakwa mempunyai kes ugutan jenayah dan menyembunyikan kelahiran.

Lelaki itu yang mempunyai tiga isteri dikatakan pernah berkahwin sebanyak sembilan kali dan sedang berdepan prosiding rayuan hukuman di mahkamah atas kesalahan mencederakan bekas isterinya sehingga koma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN