fbpx
Sani Araby ketika menunjukkan paparan secara langsung kedudukan kapal GSF 2.0 pada sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Pintasan GSF 2.0: SNCC hubungi PM, mohon sokongan diplomatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Sumud Nusantara Command Center (SNCC) telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung insiden pemintasan kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang melibatkan 10 rakyat Malaysia di perairan antarabangsa berhampiran Greece.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, beliau telah berhubung secara terus dengan Perdana Menteri melalui mesej bagi memaklumkan situasi semasa.

“Setakat ini saya telah berbalas mesej memaklumkan kepada beliau dan selepas ini saya akan adakan pertemuan secara langsung.

“Sejak pagi tadi juga beberapa menteri penaung telah dimaklumkan mengenai perkembangan ini,” katanya pada sidang akhbar khas di SNCC hari ini.

Menurut beliau, pihaknya kini memerlukan sokongan kerajaan khususnya dalam aspek keselamatan dan urusan diplomatik susulan insiden tersebut.

“Kerjasama kerajaan amat penting bagi melihat apa sahaja keperluan, terutama dari sudut keselamatan serta urusan diplomatik dengan Greece dan juga Turki,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, sebanyak 22 kapal misi kemanusiaan GSF 2.0 dipintas tentera Israel, dengan enam daripadanya melibatkan rakyat Malaysia dalam insiden di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece.

Insiden itu berlaku antara pukul 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia, bersamaan 6 petang hingga 4 pagi waktu Greece. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN