fbpx
Poster pesta air yang akan bermula esok di Bukit Bintang.

Langkah penjimatan kerajaan tidak terpakai untuk pesta air?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan acara pesta air yang akan berlangsung di Bukit Bintang hujung minggu ini.

Ini kerana kata Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, sebelum ini Perdana Menteri telah membatalkan semua rumah terbuka anjuran kementerian atas alasan dasar penjimatan.

Jelas beliau, kenapa pesta air itu tidak dibatalkan sekali.

“Adakah pesta air ini lebih bernilai daripada majlis rumah terbuka? Adakah langkah penjimatan yang dicadangkan oleh kerajaan tidak terpakai untuk pesta air ini?.

“Adakah pesta air ini tidak membazirkan air? Sedangkan kerajaan sibuk berusaha buat pembenihan awan untuk menambah kapasiti air,tetapi kementerian pelancongan sibuk buat pesta air yang membazirkan air,”soalnya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Akmal turut mempersoalkan apakah apakah pendirian menteri agama dan mufti wilayah tentang pesta air itu.

“Mohon YAB PMX batalkan lah pesta air ni Pesta air ini adalah cadangan yang paling bodoh pernah diberikan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN