fbpx
Samsol menunjukkan peta lokasi sungai bagi operasi pencarian mangsa. - Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Pencarian Khairil Izani di sungai bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat Khairil Izani Khaizalulinurdin, 10, yang terjatuh longkang di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam di sini, akan dilakukan di kawasan sungai bermula esok.

Lokasi pencarian bomba itu akan diperluaskan sehingga radius 10 kilometer (km) melibatkan Sungai Selangor dan Sungai Buloh.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, operasi hari kedua pihaknya bersama beberapa agensi keselamatan ditamatkan kira-kira pukul 7 petang tadi.

Jelasnya, usaha pencarian di radius empat kilometer terutama di kawasan longkang dan saliran air sejak pukul 8 pagi tadi tidak menemukan kanak-kanak berkenaan.

“Justeru, operasi pencarian akan dimulakan di kawasan sungai bermula kira-kira pukul 9 pagi esok,” katanya ketika ditemui di pusat kawalan bomba (PKB) malam ini.

Terdahulu, polis mengesahkan mangsa yang hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang dipercayai bermain bola bersama dua rakannya ketika hujan lebat di lokasi kejadian petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN