fbpx
Gambar hiasan.

Remaja ceroboh trek LRT untuk ‘content’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Aksi berbahaya dua remaja yang menceroboh kawasan larangan dan berjoget di atas landasan Transit Aliran Ringan (LRT) demi hiburan akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kejadian berkenaan berlaku di Stesen LRT Muhibbah, Bukit OUG kira-kira pukul 11.52 malam.

Menurutnya, perbuatan tersebut dikesan oleh pihak keselamatan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Hasil siasatan mendapati salah seorang suspek telah turun ke trek di Platform 1 dengan sengaja.

“Tindakan itu dilakukan semata-mata untuk berjoget bagi tujuan berseronok tanpa menyedari risiko keselamatan yang boleh membahayakan nyawa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua remaja lelaki tempatan berusia 16 dan 17 tahun itu kemudiannya ditahan oleh anggota Polis Bantuan sebelum diserahkan kepada pihak polis dari Balai Polis Bukit Jalil.

Tambahnya, kedua-dua suspek direman selama dua hari sehingga Ahad lalu bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada hari ini.

“Pihak pendakwaan mengarahkan supaya kedua-dua tangkapan dibebaskan memandangkan mereka adalah pesalah muda dan tindakan lanjut boleh menjejaskan masa depan mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN