fbpx
Khairudin (tengah) ketika menghadiri program Bicara One Third High Terima Kasih Cikgu bersama YB Datuk Khairudin Abu Hanipah dan Baiah SPM 2026 di Hotel MH di Ipoh hari ini.

Buli MRSM: Pelajar terbukti bersalah perlu terima hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pelajar-pelajar yang didapati melakukan perbuatan buli sebagaimana yang tular di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri ini perlu menerima hakikat dan hukuman yang bakal diterima mereka seperti dibuang sekolah.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, pihak kerajaan negeri juga tidak berkompromi dengan isu buli dan berpegang bahawa mana-mana pelajar yang didapati melakukan perlu diambil tindakan.

“Pada saya, di pihak kerajaan negeri dalam bab buli ini kita tak ada kompromi. Siapa salah, siapa touch dia go lah. Siapa buat dia kena terima akibat.

“Sebab kita tak nak budaya buli atau samseng ini menular dalam kalangan anak-anak kita sebab kita nak didik anak-anak bukan sahaja cemerlang daripada segi akademik tetapi mempunyai adab dan nilai yang baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas isu buli di sebuah MRSM di negeri ini yang tukar di media sosial dengan perkara tersebut turut mendapati perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Terdahulu, beliau hadir pada program Bicara One Third High Terima Kasih Cikgu bersama YB Datuk Khairudin Abu Hanipah dan Baiah SPM 2026 di Hotel MH di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya pada peringkat ini sedang menunggu laporan penuh berhubung kejadian buli tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Pada saya pelajar yang terbabit dengan kes buli ini, kalau dibuktikan dan didapati bersalah, dia kena terimalah hukuman berdasarkan peraturan atau pekeliling-keliling yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dan kementerian berkenaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Asyraf Wajdi mengesahkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas susulan aduan kes buli yang didakwa berlaku di sebuah MRSM di Perak.

Beliau berkata, tindakan tersebut susulan kes terbaharu membabitkan foto tular di media sosial yang memaparkan baju seragam sekolah koyak rabak akibat digunting dan dikaitkan dengan kejadian tersebut.

Beliau turut memaklumkan kelmarin di Jasin bahawa identiti pembuli berkenaan telah dikenal pasti dan siasatan berhubung kes tersebut telah disegerakan dan berada di peringkat akhir sebelum tindakan tegas diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN