fbpx
Pengguna Thread membawa makanan masing-masing bagi memenuhi jemputan rumah terbuka. – Gambar hiasan

Luahan pembaca: Threads penyelamat rumah terbuka hambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Zaman ini semua boleh dapat di hujung jari sehinggakan hendak menjemput kenduri pun boleh guna media sosial.

Kemunculan aplikasi Thread yang pada awalnya agak hambar kerana disamakan dengan Twitter (sekarang X) telah mengubah landskap kehidupan masyarakat moden ketika ini.

Pembawakan warga Thread amat berlainan. Status kelakar dan sering menggunakan perkataan salah akan cepat mendapat perhatian.

Sebagai contoh, ada status seperti: “Hari ini mengapa kepala pening sangat. Rasanya macam kena imigresen.”

Ayat yang sebenarnya ialah “Hari ini mengapa kepala pening sangat. Rasanya macam kena migrain.” Perkataan migrain telah ditukar dengan imigresen. Status seperti ini biasanya akan tular kerana warga Thread akan layan dengan memberikan jawapan lucu.

Ada juga menggunakan Thread untuk memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri dan membuat jamuan potluck. Anehnya, semua yang datang itu tidak dikenali tetapi semangat ukhuwahnya bagaikan sudah lama bersahabat.

Saya terfikir, apa agaknya yang akan terjadi dalam tempoh 100 tahun akan datang. Adakah kita hanya perlu berniat dalam hati untuk pesan makanan dan tidak lagi bercakap atau menulis untuk mendapatkannya.

Segalanya mungkin kerana tiada yang mustahil dalam dunia teknologi.

CPO Thread,
Seri Kembangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN