fbpx
DR. ASYRAF ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/ KOSMO!

Pelaku kes gunting baju pelajar MRSM dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Pelaku yang terlibat dalam kes tular membabitkan pakaian sekolah seorang pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang digunting, dipercayai akibat perbuatan buli telah dikenal pasti.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihak pengurusan MRSM yang terlibat telah mengemukakan laporan berhubung kejadian terbabit.

“Biasanya apabila saya buat pengumuman, pihak pengurusan MRSM akan terus menghantar laporan kepada saya dan saya minta supaya siasatan disegerakan serta tindakan tegas diambil.

“(Mangsa telah tampil). Kita telah pun mengenal pasti pelaku yang terlibat dan tindakan akan diambil sebaik sahaja siasatan dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 di MRSM Tun Ghafar Baba, hari ini.

Ditanya sama ada pelaku terbabit bakal dibuang sekolah selaras dengan konsep tindakan tegas ‘you touch, you go’, beliau berkata tindakan yang akan diambil bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan dilakukan.

“Ada perkara-perkara yang mereka (pihak institusi) tidak laporkan kepada saya tetapi bila perkara ini tular, saya kira ini ‘lesson learn’ bahawa setiap perkara harus diambil serius.

“Kalau mereka (pelajar) tidak dapat mengawal tingkah laku dan terbukti melakukan buli, kita tidak akan berkompromi (akan dibuang). MRSM tidak ada tempat untuk pembuli,” tegasnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang gadis mendakwa adiknya yang dipercayai bersekolah di sebuah MRSM telah menjadi mangsa buli apabila pakaian seragamnya digunting oleh pelajar lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN