fbpx
Kerajaan sedang berunding dengan kerajaan Iran bagi membolehkan kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan dengan selamat. - GAMBAR HIASAN

Dua kapal Malaysia kena sekat selepas keluar Selat Hormuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dua kapal Malaysia yang membawa bahan api berhadapan dengan beberapa sekatan setelah keluar dari Selat Hormuz, Iran.

Anwar berkata, kerajaan sedang berunding dengan kerajaan Iran bagi membolehkan kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan dengan selamat.

Katanya, perkara itu akan dirunding segera setelah kapal Malaysia sudah diberikan laluan oleh kerajaan Iran, khususnya oleh Presiden negara itu sendiri.

“Satu kapal sudah sampai (di Pengerang, Johor), satu lagi hampir sampai dan masuk dalam perairan Malaysia, tapi dua yang dah keluar itu masih lagi berhadapan dengan beberapa sekatan. Jadi, kita sedang berunding sebab kelulusan itu telah diberikan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Sembahyang Jumaat di Masjid Bandar Permas Jaya, di sini hari ini.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan, lima lagi masih terkandas di Selat Hormuz susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN