fbpx
TANGKAP layar video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai mengganggu dua wanita di hadapan sebuah premis di Klebang, Melaka.

Polis minta dua wanita tular diganggu tampil buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tindakan seorang lelaki dipercayai mengganggu dua wanita di hadapan sebuah premis di Klebang di sini mengundang kecaman selepas rakaman video kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi satu minit 55 saat yang dimuat naik di platform Threads itu memaparkan individu terbabit didakwa melakukan gangguan terhadap dua wanita di hadapan sebuah premis menjual gajet di Taman Klebang Utama.

Rakaman tersebut setakat ini meraih kira-kira 1,300 tanda suka, 123 komen dan 358 perkongsian, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mengecam perbuatan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, pihaknya telah mengesan video tular berkenaan, namun setakat ini belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mangsa.

“Pihak polis telah mengesan video tular berdurasi satu minit 55 saat yang memaparkan seorang lelaki dipercayai melakukan gangguan terhadap dua wanita di Klebang. Setakat ini, kami belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian tersebut.

“Sehubungan itu, mangsa dinasihatkan agar segera tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih terperinci dan tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah atau balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN