fbpx
SELANGOR turun dengan misi wajib menang ke atas Kelantan TRW untuk mencerahkan laluan mereka meraih kedudukan naib juara Liga Super musim ini.

Liga Super: Selangor galas tugas berat di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Selangor FC tidak mempunyai pilihan selain memburu kemenangan dalam baki aksi Liga Super musim ini demi menghidupkan peluang menamatkan saingan di tangga kedua sekali gus layak beraksi ke kejohanan peringkat Asia musim depan.

Pengendali Gergasi Merah, Kim Pan-gon terus mencabar anak-anak buahnya untuk kembali konsisten menjelang perlawanan getir menentang Kelantan The Real Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Jurulatih dari Korea Selatan itu menegaskan barisan pemain perlu tampil dengan mentaliti menang dalam setiap perlawanan jika mahu terus memberi tekanan kepada pasukan di tangga kedua, Kuching City.

“Kita perlu menang semua baki perlawanan dan berjuang hingga ke penghujung musim untuk mencerahkan semula peluang (merampas tangga kedua),” katanya.

Bagaimanapun, Pan-gon mengakui kedudukan skuad Gergasi Merah tidak hanya bergantung kepada keputusan sendiri, sebaliknya turut perlu melihat mengharapkan tuah dengan keputusan pasukan lain gagal meraih mata maksimum.

“Tetapi, kita kena lihat juga perlawanan pasukan lain. Jadi, kita tunggu keputusan tersebut. Kita tidak boleh mengalah sehingga tamat musim. Kita masih ada tiga perlawanan dan akan cuba kutip mata penuh,” kata bekas pengendali Harimau Malaya itu.

Kedua-dua pasukan ketika ini mengutip 43 mata tetapi The Cats yang dikendalikan oleh Aidil Sharin Sahak memiliki satu perlawanan tambahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN