fbpx
Tangki IBC berisi diesel di dalam dua lori itu.

Dua lori kantoi seleweng 2,300 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pergerakan mencurigakan dua buah lori membongkar kepada aktiviti penyelewengan diesel di Taman Perindustrian Shah Alam di sini, semalam.

Kegiatan itu dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, kira-kira pukul 1 pagi dan menahan dua lelaki tempatan berusia 40an.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN negeri, Mohd. Hanizam Kechek berkata, pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lori yang berhenti di kawasan tersebut.

Katanya, pemeriksaan lanjut kemudian mendapati badan lori itu diubah suai dan mempunyai Intermediate Bulk Container (IBC) berkapasiti 1,000 liter.

“Sebanyak lapan unit IBC ditemukan berisi bahan api diesel dengan anggaran jumlah keseluruhan 2,300 liter. Dua individu dipercayai pemandu lori ditahan selepas didapati tiada dokumen sah memiliki dan membawa barang kawalan berjadual itu,” katanya hari ini.

Menurutnya, kesemua rampasan termasuk dua lori berkenaan dianggarkan bernilai RM60,000 dan telah dibawa ke stor penyimpanan ekshibit KPDN untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan syak munasabah bagi tujuan urus niaga tanpa lesen sah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN