PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak hingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perak (Manjung dan Bagan Datuk), Pahang (Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).
Selain itu, cuaca buruk juga berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Hujan lebat di Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Belaga).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE













