fbpx
PEMAIN Sabah FC, R. Dinesh (kiri) cuba diasak oleh tonggak tengah Penang FC, Jose Elmer Porteria pada aksi final kedua Piala Cabaran di Stadium Likas, sebentar tadi. - MFL

Sabah FC berpesta raikan kejuaraan Piala Cabaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KOTA KINABALU – Sabah FC mengesah kejuaraan Piala Cabaran musim ini selepas menewaskan Penang FC 4-3 pada penentuan sepakan penalti dalam aksi final kedua di Stadium Likas, sebentar tadi.

Selepas terikat tanpa jaringan dalam tempoh 120 minit, pemenang terpaksa ditentukan pada penentuan penalti kerana kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.

Terdahulu, Penang FC mendapat tonik apabila kembali diperkuatkan oleh Dylan Wenzel-Halls namun beberapa peuang terbaik yang dicipta kedua-dua pasukan tidak mampu menghasilkan jaringan hingga 45 minit pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, sepakan percuma Jafri Firdaus Chew minit ke-63 yang memaksa penjaga gol Harimau Kumbang, Ramadhan Hamid tampil tangkas untuk melakukan halangan.

Selepas 120 minit terikat tanpa jarigan, lebih 20,000 penyokong yang hadir ke stadium terus dihidangkan detik mendebarkan apabila Ramadhan dan penjaga gol tuan rumah, Damien Lim bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti pemain lawan.

Bagaimanapun, tuah nyata memihak kepada The Rhinos apabila pemain pertahanan pelawat, Adib Raop gagal menyudakan sepakan sebelum Farhan Roslan muncul wira Sabah FC, tenang menyempurnakan sepakan terakhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN