fbpx
PELANCARAN Buku Terbitan Khas 25 Tahun UTeM turut diadakan pada majlis sama dan ia disempurnakan Mohd. Ali (empat dari kanan).

UTeM tekad jadi juara TVET dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang merupakan universiti awam terbaik Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam negara bertekad menjadi juara dunia dalam bidang tersebut.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Massila Kamalrudin berkata, UTeM telah bersedia untuk beraksi cemerlang di pentas antarabangsa sebagai juara dunia TVET apabila menyingkap kepada rangkaian kejayaan cemerlang dalam pelbagai elemen yang telah dikecapi sebelum ini.

Jelasnya, pelbagai pencapaian dikecapi dan sumbangan diberikan UTeM dalam aspek TVET secara menyeluruh.

Ia termasuk dari sudut akademik, penyelidikan inovasi, komuniti, industri dan agensi di peringkat negeri, nasional dan global.

Katanya, 1 Disember tahun lalu menjadi detik keramat yang mengukir sejarah buat UTeM apabila mencapai usia 25 tahun penubuhannya.

“Tempoh 25 tahun ini turut mewarnai pengisian prestij dan kecemerlangan universiti.

“Ia seiring dengan aspirasi negara kita memiliki sebuah universiti teknikal awam yang terus unggul menjana graduan teknikal dan TVET bagi bersama memajukan negara bangsa.

“Pada masa sama, kami turut menzahirkan keteguhan dan keberhasilan impak rantaian strategik antara universiti alumni, rakan industri, komuniti serta pihak kerajaan yang telah bersama dengan UTeM selama ini,” ujarnya.

Massila berkata demikian ketika Majlis Makan Malam Jubli Perak sempena Sambutan Jubli Perak UTeM di salah sebuah hotel di Bandaraya Melaka baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Ali Mohd Rustam merangkap Canselor UTeM bersama isteri, Datuk Dr. Asmah Abdul Rahman.

Tambahnya, sempena dengan Sambutan Jubli Perak UTeM itu, penghargaan turut dirakamkan kepada seluruh warga UTeM.

“Penghargaan ini khas buat pensyarah, penyelidik, pentadbir, juruteknik dan staf sokongan yang terus komited membangun serta menyerlahkan UTeM di mata dunia,” katanya.

Pada acara sama, turut diadakan majlis Pelancaran Buku Terbitan Khas 25 Tahun UTeM serta penyampaian Anugerah Ikon Alumni dan Anugerah Khas Tun Canselor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN