fbpx
MOHD. Shukri (tiga dari kiri) bersama lima lagi ADUN Pas pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Mata Ayer, Arau.

MB Perlis diminta jelaskan penangguhan sidang DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas negeri ini meminta Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah memberikan penjelasan segera berhubung penangguhan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selewat-lewatnya minggu ini.

Mereka ialah ADUN Sanglang, Mohd. Shukri Ramli; ADUN Simpang Empat, Razali Saad; ADUN Kayang, Asrul Aimran Abd. Jalil; ADUN Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad; ADUN Beseri, Haziq Asyraf dan ADUN Santan, Muhammad Azmir Azizan.

Menurut Mohd. Shukri, Abu Bakar perlu berdepan dengan keadaan itu serta menyelesaikannya secara baik dan segera.

Katanya, mereka tidak menerima sebarang pemakluman berhubung penangguhan persidangan DUN yang dijadualkan berlangsung pada Selasa ini.

“Oleh itu, hari ini kita berharap mendapat penjelasan yang tuntas daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar berhubung penangguhan tersebut.

“Ini kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini kecuali dalam keadaan tertentu seperti bencana alam, kematian tokoh penting negeri atau negara serta wabak seperti Covid-19,” katanya yang merupakan bekas Menteri Besar pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Mata Ayer di sini hari ini.

Katanya, enam ADUN terlibat menerima notis pada 9 April lalu berhubung perjalanan persidangan DUN yang dijadualkan pada 21 hingga 23 April, namun pembatalan berkenaan hanya diketahui semalam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN