KANGAR – Majlis Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Keempat dan Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan ditetapkan kelak.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menerusi surat rasmi bertarikh 17 April 2026.
Majlis berkenaan sebelum ini dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 April ini.
Menurut kenyataan tersebut, penangguhan dibuat dan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.
“Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Majlis Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Keempat dan Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 yang dijadualkan pada 21 hingga 23 April 2026 ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan ditetapkan kelak,” menurut kenyataan itu.
Surat berkenaan turut merujuk kepada surat pentadbiran terdahulu berkaitan perkara sama.
Dalam pada itu, pihak berkenaan merakamkan penghargaan atas perhatian dan kerjasama semua pihak terlibat.
“Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE














