fbpx
Biawak dirakam memanjat dinding bangunan sebuah apartmen. - TikTok

Penduduk risau lihat biawak panjat dinding apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Penduduk sebuah pangsapuri di Bukit Merah, Singapura terkejut apabila melihat seekor biawak memanjat dinding bangunan seperti pelagak ngeri profesional, lapor portal berita Must Share News.

Seorang penduduk berkata, dia mula menyedari pemandangan luar biasa itu ketika mahu mencuci keretanya pada 10 April lepas di sekitar Jalan Indus.

“Saya sedang mencari tempat letak kereta bertingkat berdekatan untuk mencuci kereta apabila saya melihatnya,” kata penjawat awam itu.

Katanya, dia terkejut apabila melihat biawak itu kerana tidak tahu reptilia tersebut boleh memanjat bangunan secara menegak. 

“Saya segera menghubungi NParks (Lembaga Taman Negara), dan mereka pantas bertindak balas,” katanya.

NParks ketika dihubungi berkata, mereka dimaklumkan tentang penampakan seekor biawak air Malaya (Varanus salvator) di blok HDB di sepanjang Jalan Indus.

“Biawak itu telah dikeluarkan dengan selamat oleh kontraktor kami dan dilepaskan ke kawasan berhutan,” kata Pengarah Kumpulan Pengurusan Hidupan Liar,  How Choon Beng.

Sementara itu, video mengenai biawak tersebut tular di media sosial dengan rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut mereka.

“Saya pernah melihat biawak memanjat pokok, tetapi tidak dinding bangunan,” kata seorang netizen.

“Disebabka kejadian itu, saya akan menutup tingkap rumah mulai sekarang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN