fbpx
ANTARA suspek yang ditahan di Senawang dan Beranang, Negeri Sembilan, semalam.

Stor simpan arak tiruan diserbu, 8 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kegiatan memproses dan mengedar minuman keras disyaki tiruan terbongkar selepas dua stor di Senawang dan Beranang, Negeri Sembilan diserbu menerusi Op Taring Alpha 2, semalam.

Komander Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi bersepadu itu berjaya melumpuhkan rangkaian sindiket yang aktif di sekitar Kajang dan Seremban.

“Tujuh lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan dalam operasi melibatkan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan pertama pada pukul 3.30 petang di kawasan industri Senawang menahan lima individu termasuk warga Nepal dan Myanmar.

“Polis merampas 95 kotak minuman keras pelbagai jenama, enam kotak minyak masak bersubsidi serta 18 karton rokok tidak bercukai,” ujarnya.

Tambah beliau, serbuan kedua pada pukul 5.45 petang di Beranang pula menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai sedang memindahkan minuman keras tiruan.

“Turut dirampas 69 kotak minuman keras selain 22 mesin serta pelekat pembungkusan dengan nilai keseluruhan sitaan dan rampasan dianggarkan RM221,514.75,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.

Susulan itu, semua suspek dan barang rampasan diserahkan kepada IPD Seremban dan IPD Kajang untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN