fbpx
ORANG ramai mengambil bahagian dalam acara perang air pada hari pertama festival Songkran di Bangkok pada 13 April lalu. – AFP 

154 terbunuh semasa pesta Songkran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seramai 154 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya sepanjang empat hari pertama cuti Songkran yang dikenali sebagai ‘perayaan perang air terbesar dunia’, dengan Bangkok mencatatkan angka kematian tertinggi, lapor laman berita VnExpress hari ini.

Dari 10 hingga 13 April lalu, sejumlah 755 kemalangan jalan raya direkodkan, menyebabkan 705 orang cedera, demikian menurut akhbar Bangkok Post.

Bangkok merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu 12 orang.

Memandu laju dipersalahkan sebagai punca kemalangan terbesar, diikuti oleh pemanduan di bawah pengaruh arak, lapor Nation Thailand.

Pihak berkuasa Bangkok telah diarah untuk menguatkuasakan undang-undang dengan ketat, terutamanya di zon permainan air Songkran dan kawasan pelancongan.

Langkah-langkah untuk membendung pemandu mabuk juga dipertingkatkan, termasuk kawalan lebih ketat ke atas penjualan alkohol dan larangan sepenuhnya penjualan alkohol kepada individu di bawah umur 20 tahun

Perayaan Songkran 2026 secara rasmi bermula Isnin lepas tetapi pelancong sudah mula membanjiri kawasan tumpuan, manakala penduduk tempatan pulang ke kampung seawal 10 April lalu.

Secara tradisinya, pesta air itu berlangsung hampir seminggu dan menarik pelancong dari seluruh dunia.

Walaupun popular, Songkran turut digelar sebagai ‘tujuh hari berbahaya’ oleh pihak berkuasa sejak sedekad  lalu untuk menyorot bahaya di jalan raya semasa perayaannya.

Pada tahun 2025, kemalangan jalan raya Songkran meragut 253 nyawa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN