fbpx
Senarai pembangunan terpilih LBS yang melayakkan pembeli menyertai kempen Score More Than a Home sempena ulang tahunnya yang ke-65.

LBS rai ulang tahun ke-65 dengan kempen Score More Than a Home

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, meraikan ulang tahun ke-65 dengan pelancaran kempen pemilikan rumah ‘Score More Than a Home‘, direka untuk meraikan impian dan pencapaian pembeli rumah yang membentuk perjalanan serta kejayaan syarikat hari ini.

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, LBS menawarkan pelbagai insentif menarik serta hadiah cabutan bertuah, dengan hadiah utama berupa pengalaman bola sepak eksklusif di England.

Hadiah utama itu merangkumi perjalanan lima hari empat malam untuk dua orang ke England yang ditanggung sepenuhnya termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan, lawatan eksklusif ke stadium, serta tiket perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Ia bukan sekadar sebuah perjalanan, tetapi satu pengalaman yang penuh keterujaan, semangat dan kenangan sepanjang hayat, membawa pemenang merasai sendiri suasana bola sepak paling mengujakan di dunia.

Selain itu, peserta berpeluang memenangi pelbagai ganjaran termasuk jersi bola sepak bertandatangan, pinggan emas edisi terhad, baucar pelancongan, baucar runcit, serta pakej perabot terpilih.

Lebih daripada sekadar kempen, Score More Than a Home mencerminkan kepercayaan LBS bahawa pemilikan rumah adalah sesuatu yang amat peribadi. Selama lebih enam dekad, Kumpulan ini bukan sahaja membina rumah, malah mewujudkan komuniti di mana setiap pembangunan menjadi asas kepada kisah-kisah yang bakal dicipta.

Kempen bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2026 itu merangkumi beberapa pembangunan terpilih LBS, termasuk SkyRia, Astella, Aulica, KITA Sejati, KITA Avenue, Prestige dan Centrum Iris.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, pencapaian 65 tahun ini bukan sekadar meraikan sejarah Kumpulan, malah merupakan penghargaan kepada individu yang telah membentuk perjalanannya.

Lim Hock San

“Melalui kempen ini, kami berhasrat untuk mempertingkatkan pengalaman pemilikan rumah dengan mencipta nilai yang bermakna, seiring usaha kami membina masa depan bersama dan memupuk komuniti di mana keluarga berkembang maju.

“Buat pertama kalinya, kami memperkenalkan hadiah utama yang luar biasa, sebuah pengalaman bola sepak di England yang tidak dapat dilupakan, sekaligus membawa tahap keterujaan baharu kepada kempen ini serta menawarkan peluang sekali seumur hidup kepada para pemilik rumah untuk merealisasikan impian bola sepak mereka dan mencipta kenangan yang berkekalan,” katanya dalam kenyataan.

Untuk mengetahui perkembangan pembangunan LBS, layari https://lbs.com.my/ atau muat turun aplikasi mudah alih Hello by LBS. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN