fbpx
Muhammad Kamal Raj ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

Inspektor langgar lari polis trafik didakwa cubaan membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota trafik yang sedang mengawal lalu lintas di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Muhammad Kamal Raj Abdullah, 40, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta Perak bagi pemeriksaan psikiatri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah cuba membunuh dengan cara melanggar anggota polis trafik Roslan Salleh
menggunakan kereta jenis Perodua Axia yang mana tertuduh mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Sultan Yahya Petra di sini pukul 10.47 malam pada 10 April lalu yang didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan maka pesalah boleh dikenakan pemenjaraan sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Hakim Mazuliana kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Mei ini bagi sebutan semula kes.

Ssbelum ini, media melaporkan seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari anggota trafik Jumaat lalu, akhirnya berjaya diberkas selepas aksi mengejar dari Jalan Cheras hingga ke Jalan Empat, Chan Sow Lin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek dikesan kira-kira pukul 3.45 petang oleh anggota Unit Kawalan Lalu Lintas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Menurut beliau, cubaan menahan kenderaan itu bagaimanapun gagal apabila suspek bertindak meloloskan diri secara berbahaya, termasuk melanggar beberapa kenderaan lain sepanjang laluan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN