fbpx
Mohamad menurunkan tandatangan pada Perasmian Mini Konvensyen Ekuiti Usahawan Bumiputera Zon Selatan, yang diadakan di UiTM Kampus Rembau, hari ini.- Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

Malaysia minta AS buka semula kepungan Selat Hormuz – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Malaysia meminta Amerika Syarikat (AS) untuk memikirkan semula tindakan mereka menguatkuasakan sekatan serta kepungan ke atas semua kapal yang melalui Selat Hormuz dan membuka semula laluan berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan AS itu akan menyebabkan dunia mengalami masalah besar jika keadaan tersebut terus berlaku.

Malah menurutnya, Malaysia juga menegaskan untuk tidak menjadikan dunia sebagai ‘tebusan’ ke atas peperangan yang berlaku antara AS dengan Iran mahupun Iran dengan Israel.

“Saya kata tadi supaya mereka (AS) memikirkan semula tindakan mengepung, tak boleh masuk, tak boleh keluar melalui Selat Hormuz kerana ini mendatangkan kemudaratan yang amat besar kepada dunia.

“Kita minta pihak AS supaya membuka apa jua bentuk kepungan supaya laluan dagang boleh lalu di sana dan kita minta pihak Iran memikirkan juga supaya demi kesejahteraan umat dunia, Iran perlu juga membenarkan kapal-kapal melalui Selat Hormuz tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Ekuiti Usahawan Bumiputera Peringkat Zon Selatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau turut mempersoalkan tindakan AS itu yang seolah-olah supaya tiada langsung kapal dapat keluar terus daripada Selat Hormuz ataupun keluar daripada Teluk Parsi membawa bekalan tenaga ke seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN