fbpx
Asyraf Wajdi.

Tak perlu tahan duit, sijil kerana tunggakan yuran PIBG – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan menahan sijil dan ganjaran pelajar atas alasan tunggakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukan sahaja tidak wajar, malah bercanggah dengan nilai ihsan dalam pendidikan.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, isu kewangan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menafikan hak pelajar yang telah berusaha dan berjaya dalam akademik.

“Tidak perlulah sampai duit dan sijil kecemerlangan ditahan kerana tunggakan yuran PIBG. Hidup ini kena ada nilai ihsan dan kemunasabahan pertimbangan akal (common sense), barulah semua hidup dalam berkat dan sejahtera,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang pelajar, Muhammad Hazriq Danish yang memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun hanya menerima sampul kosong ketika naik ke pentas penganugerahan.

Difahamkan, sijil SPM serta wang ganjaran sebanyak RM250 ditahan sementara waktu oleh pihak sekolah susulan tunggakan yuran PIBG.

Jumlah tunggakan tersebut dilaporkan mencecah hampir RM500, dianggarkan sekitar RM150 bagi setiap tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN