fbpx
Tangkap layar video menunjukkan motosikal itu dijilat api di Turikale, Kabupaten Maros semalam. - iNews TV

Motosikal tiba-tiba terbakar di lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pengguna jalan raya di Maros, wilayah Sulawesi Selatan terkejut apabila melihat sebuah motosikal tiba-tiba terbakar semasa berhenti di lampu isyarat merah, lapor portal berita iNews. 

Kejadian berlaku di daerah Turikale semalam. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan motosikal yang dinaiki sepasang suami isteri dan anaknya itu terbakar di tepi jalan. 

Beberapa saksi memberitahu bahawa api muncul secara tiba-tiba dari bahagian bawah motosikal. 

“Pemilik motosikal itu bergegas membawa kenderaan ke tepi jalan sebelum menyelamatkan keluarganya,” kata saksi. 

Api berjaya dipadamkan oleh penduduk tempatan kira-kira 30 minit kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN