fbpx
PRABOWO bertemu Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi di Tokyo pada 31 Mac lalu. – AFP

Prabowo akan bertemu Putin, bincang minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA –  Presiden Prabowo Subianto akan berlepas ke Russia hari ini untuk berunding dengan rakan sejawatnya, Vladimir Putin mengenai minyak, kata pejabat beliau.

Pejabat Presiden Indonesia mengesahkan kepada AFP bahawa Prabowo akan berlepas  petang ini.

Semalam,  Menteri Luar Sugiono berkata, minyak  yang ‘amat penting dari sudut  strategik bagi negara Indonesia’, akan menjadi agenda perbincangan mereka.

“Beliau akan bertemu Presiden Putin dan juga akan membincangkan geopolitik global serta  sudah tentu, situasi tenaga semasa,” kata Sugiono.

Prabowo yang baru-baru ini melakukan perjalanan ke Korea Selatan dan Jepun,  mempertahankan lawatan beliau ke luar negara secara kerap

“Saudara dan saudari, ini  bagi menjamin minyak (untuk Indonesia), saya perlu pergi ke mana sahaja,” katanya dalam ucapan kepada Kabinet minggu lalu.

Seperti banyak negara lain, Indonesia mengalami tekanan akibat kenaikan mendadak harga minyak global susulan perang Asia Barat.

Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu adalah pengeluar minyak tetapi turut mengimport komoditi itu.

Bulan lalu, kerajaan pimpinan Prabowo mengumumkan catuan bahan api dan mewajibkan dasar bekerja dari rumah sehari seminggu untuk penjawat awam sebagai langkah penjimatan.

Beliau berjanji untuk tidak menaikkan harga bahan api dalam masa terdekat. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN