SAUDARA PENGARANG, Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan semua sekolah diminta menyediakan jadual mencuci tandas minggu ini dan Kementerian Pendidikan pula akan menyelaras isu berkenaan. Berdasarkan arahan itu, proses mencuci tandas perlu melibatkan semua pelajar sekolah dalam usaha memastikan kebersihan tandas selain membantu membentuk jati diri anak muda negara. Berucap pada Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuantan, Perdana Menteri berkata, di Jepun misalnya, meskipun mempunyai teknologi tinggi dan jauh lebih maju,…














