fbpx
MOHAMED KHALED (tiga dari kiri) ketika melepaskan anak benih udang pada Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi hari ini. Foto oleh MASTURAH SURADI / KOSMO!

UMNO bukan punca Melayu berpecah, naratif ‘basi’ diulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa parti UMNO merupakan punca Melayu berpecah adalah satu tuduhan yang diulang-ulang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu tersebut tidak perlu diulas kerana naratif tersebut sudah berulang kali dilemparkan Dr. Mahathir.

“Dia daripada dulu memang kata macam-macam, jadi tak perlu nak ulas. Tepuk sebelah tangan tak boleh bunyi,” katanya dalam sidang media selepas hadir Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Tanjung Sedili, di sini hari ini.
Terdahulu, Rabu lalu, Dr. Mahathir menyifatkan perubahan perjuangan UMNO sebagai antara faktor yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan jumlah permohonan bekas pemimpin UMNO lain untuk menyertai Rumah Bangsa selain Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau berkata, perkara itu akan diketahui dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN