fbpx

‘Mengaku Muslim tapi akhlak jauh tersasar daripada ajaran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berasakan seolah-olah ramai yang hilang batas kemanusiaan, ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafizah meluahkan kekecewaan terhadap budaya fitnah serta kebencian melampau dalam media sosial.

Ujar Hafizah atau nama sebenarnya Siti Hafiza Basharahil, situasi tersebut amat membimbangkan apabila segelintir individu sanggup menjatuhkan maruah orang lain tanpa memikirkan implikasi.

“Tahap fitnah, sangkaan dan kebencian ditunjukkan amat menyedihkan. Mereka mengaku Muslim, namun akhlak dipamerkan jauh tersasar daripada ajaran sebenar.

“Semoga Allah mengurniakan ketenangan serta kelembutan hati buat mereka,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Dalam konotasi penuh muhasabah, Hafizah turut mengingatkan diri agar tidak terjerumus dalam kancah dosa sama seperti menyebarkan fitnah, mengumpat dan menghukum orang lain tanpa hak.

“Saya sentiasa mengingatkan diri supaya tidak terperangkap dengan bisikan syaitan seperti menyebarkan fitnah, mengumpat dan menghakimi orang lain. Hak menilai hanya milik Yang Maha Esa.

“Allah membuka hati saya menerima setiap ujian dengan rasa syukur. Apa pun terjadi, saya tetap mengucapkan alhamdulillah,” ujarnya.

Paling penting, Hafizah turut menzahirkan penghargaan terhadap individu yang tidak putus memberikan sokongan serta doa kepada keluarganya ketika berdepan gelombang kecaman.

“Terima kasih kepada semua yang menghubungi dan mendoakan kami. Kami berada dalam keadaan baik serta bahagia dengan izin-Nya.

“Kami amat menghargai setiap doa, kasih sayang dan sokongan. Semoga Allah membalas kebaikan kalian,” luahnya.

Terdahulu, Hafizah menjadi perhatian ramai apabila didakwa menutup wajah pelakon Bella Astillah dalam sebuah gambar dipamerkan di kediamannya di Singapura, sekali gus mencetuskan kemarahan peminat.

Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi, malah ada menyifatkan perbuatan itu keterlaluan dan tidak wajar dilakukan sebagai bekas mentua. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN