fbpx
IDAYU tidak berminat menyanyikan lagu karya AI menyifatkan karya sedemikian tiada emosi dan lebih utamanya juga tidak boleh sampai ke pentas AJL biarpun diterima baik oleh peminat muzik.- M. FIRDAUS M. JOHARI

Lagu AI karya robot, tak boleh masuk AJL – Idayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Atas alasan karya robot dan tiada emosi, penyanyi ‘vocal powerhouse’ Malaysia, Idayu mengakui belum bersedia menyanyikan lagu-lagu hasil ciptaan kecerdasan buatan (AI) biarpun kerap menerima tawaran sedemikian.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, 41, bagaimanapun tidak menafikan ada lagu-lagu AI yang diterimanya memiliki kualiti namun sayangnya karya sedemikian tetap tidak boleh menembusi pentas anugerah, terutama Anugerah Juara Lagu.

“Sebenarnya saya dapat banyak lagu AI, tapi sayangnya lagu AI ini tak boleh masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) walaupun saya akui ada karya AI yang bagus dan boleh digunakan.

“Malah ada idea daripada AI yang saya sendiri terkejut, sangat ‘power’ kerana boleh hasilkan karya yang komposer lama tak boleh lakukan. Cuma kekurangannya dari segi emosi dan rasa.

“AI tidak memberi rasa kerana hanya robot, tiada ada feel atau perasaan. Robot takkan boleh keluarkan ‘feel’ itu,” katanya pada sesi santai bersama Idayu dan juara Gegar Vaganza 12, Iskandar Ismail bagi mempromosikan lagu duet, Mahal, di Red Box The Gardens, baru-baru ini.

Juara program AF Megastar 2017 itu berkata, kebanyakan komposer berpengalaman juga berkongsi pandangan sama bahawa AI tidak mampu memberikan emosi yang lahir secara semula jadi dari dalam diri manusia.

“Apabila saya tanya komposer lama, seperti Helen Yap, mereka cakap hal serupa,” katanya.

Pada masa sama, idayu berkata penggunaan AI dalam industri muzik masa kini hakikatnya bukan ancaman, sebaliknya alat bantuan yang perlu dimanfaatkan dengan bijak.

“Saya tak pernah menggunakan AI dari dulu lagi dalam kerja rakaman sejak lagu pertama saya dengan arwah Datuk Adnan Abu Hassan, Kasih Yang Terpisah. Alhamdulillah, lagu itu sejam setengah saja rakaman tanpa apa-apa bantuan teknologi moden.

“Pendapat saya, kalau dari segi kemudahan, mungkin ada komposer kita pun guna teknologi ini untuk memudahkan tapi tak semua,” katanya.

Berbalik kepada lagu baharunya, Mahal  yang kini menjadi runut bunyi drama Mencari Isteri Sempurna merupakan hasil kolaborasi pertama Idayu bersama Iskandar.

“Pada awalnya saya tak tahu siapa pasangan duetn, namun teruja apabila dimaklumkan nama Iskandar ‘naik’ kerana saya memang mengikuti persembahannya dalam Gegar Vaganza.

“Waktu itu saya yakin dia akan bergelar juara. Nyata ramalan saya tepat dan kini kami dapat berkolaborasi bersama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN