fbpx
Shehbaz berucap semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bandar Raya New York pada 26 September 2025. - AFP

Rundingan gencatan senjata AS-Iran di Pakistan Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif berkata hari ini bahawa Islamabad akan menjadi tuan rumah kepada delegasi dari Amerika Syarikat (AS) dan Iran lewat minggu ini susulan pengumuman gencatan senjata di Asia Barat.

“Saya mengucapkan terima kasih yang mendalam kepada kepimpinan kedua-dua negara dan menjemput delegasi mereka ke Islamabad pada hari Jumaat, 10 April 2026 untuk berunding lagi bagi mendapatkan persetujuan muktamad bagi menyelesaikan semua pertikaian,” katanya dalam catatan di platform X.

Pakistan yang telah menjalin hubungan rapat dengan Presiden Donald Trump dan peka terhadap perkembangan Iran, muncul sebagai saluran untuk pesanan antara Tehran dan Washington dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

“Kami sangat berharap agar Rundingan Islamabad berjaya mencapai keamanan yang mampan dan ingin berkongsi lebih banyak berita baik dalam beberapa hari akan datang,” kata Shehbaz.

Tehran dan Washington sebelum itu berkata, mereka bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu, hampir sejam sebelum tarikh akhir Trump untuk ‘menghapuskan Iran’ tamat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN