fbpx
Jamaludin

Operasi Airasia X diperkukuh, Jamaludin dilantik pengerusi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Pengerusi AirAsia Aviation Group Ltd, Tan Sri Jamaludin Ibrahim menyertai AirAsia X sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, sekali gus memastikan entiti perniagaan itu kekal berdaya saing dalam menghadapi peningkatan kos bahan api serta ketidaktentuan pasaran penerbangan global.

Jamaludin berkata, penyertaan beliau bersama AirAsia X terutamanya selepas penyatuan semua tujuh syarikat penerbangan sama ada jarak dekat atau jauh membolehkan entiti itu lebih kukuh.

“Walaupun menghadapi tempoh cabaran global, kami memasuki fasa ini dengan kedudukan yang berdaya tahan.

“Asas Kumpulan adalah kukuh yang mana disokong oleh struktur kos yang cekap dan berdisiplin, rangkaian berfokuskan Asean yang berdaya tahan serta kesalinghubungan perkhidmatan Fly-Thru yang kukuh.

“Potensi itu seterusnya membolehkan kami bertindak balas dengan pantas terhadap perubahan pasaran,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini tadi.

Beliau berkata, kerjasama bersama pengurusan AirAsia X juga bakal membolehkan operasi lebih cekap dan tadbir urus kukuh.

“Cabaran semasa melibatkan bukan sahaja syarikat penerbangan, tetapi semua pemain dalam ekosistem penerbangan.

“Namun, ia juga memberi peluang untuk kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi bagi memperkukuh daya saing industri serta muncul daripada tempoh ini dalam kedudukan yang lebih baik untuk pertumbuhan jangka panjang.

“Kami terus meneroka kemungkinan untuk memperluas pesanan pesawat serta menambah pesawat sewaan yang akan menyokong rancangan pengembangan kami dan memperkukuh kemampuan untuk berkhidmat ke lebih banyak destinasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN